Premium Beautiful

Premium Beautiful

Wednesday, November 24, 2010

Tanda-tanda hampir bersalin.

Since this week I've approached my 34th weeks..
Jadi harus la mengetahui tanda-tanda hampir bersalin kan..

Tips ini di ambik dari blog kawan saya yang baru bersalin,Faeza. Congrats on ur baby girl !! Upload gambar byk2 tau!

Tanda2 Hampir Bersalin from Ratu Hati.

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang

* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.


P/s: Semue tanda2 Bayi turun ke bawah tu saya dah ade..dah nak kuar ke anak aku ni?hmmm..Lately mmg kerap gile buang angin dan sakit bhgian kelangkang tu jgn ckp la..sampai terkengkang2 aku jalan..adeh...

2 comments:

✿ EyZa ✿ said...

Eyza pon dah rase tanda-tanda tu.. baby pon makin kerap mengeras ni.. huhu..

Miss N said...

kan kan..mmg kalo die mngeras,susah gile nk jalan..slow je jalan

Love

Love

we're in ♥♥